Daftar Asnaf

Asnaf boleh dilaporkan menerusi halaman Facebook di : https://www.facebook.com/pages/Projek-Komuniti-Zakat-Online/228742877169119 ATAU menerusi emel ke projekkomunitizakat@yahoo.com ATAU melalui halaman Hubungi Kami di menu di atas.

Butiran Asnaf

Sila nyatakan maklumat asnaf sejelas yang mungkin.

  1. Nama Penuh
  2. Agama
  3. Nombor KP (jika perlu)
  4. Alamat penuh, selengkap yang mungkin. Jika boleh termasuk keterangan perjalanan untuk sampai ke rumah/lokasi asnaf. Peta Google Maps juga dapat membantu.
  5. Nombor telefon asnaf atau mereka yang boleh berhubung dengan asnaf secara langsung (jika perlu).
  6. Beberapa gambar yang sejelas mungkin bagi menggambarkan kehidupan asnaf. Ini termasuk rumah atau tempat tinggal, keluarga atau tanggungan, gambar asnaf dan apa yang berkaitan.
  7. Keterangan mengenai asnaf, latar belakang, kehidupan, pekerjaan, tanggungan, kelayakkan beliau menerima zakat dan apa2 maklumat yang difikirkan perlu.

Pengesahan permohonan

Permohonan baru perlu disahkan oleh ketua kampung, persatuan penduduk, imam atau mana pihak yang berkenaan. Adalah lebih baik jika dapat disertakan dengan satu surat yang mengesahkan maklumat mengenai asnaf dan sebab kenapa beliau layak menerima zakat.

Sila nyatakan makluman mengenai pengesah ini, iaitu nama penuh, no. KP, jawatan, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.

Pengesahan maklumat asnaf dalam komen pos

Pengesahan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mengenali atau telah melawat asnaf. Pengesahan ini boleh dilakukan dengan memberi komen pada pos mengenai asnaf itu. Tujuan ini adalah untuk mengelakkan salah guna atau penipuan atau scam daripada pihak tak bertanggung jawab. Jika pemohon tidak layak atau tidak patut menerima zakat, sila komen atau maklumkan kepada kami AKAN TETAPI tolong jangan mengaibkan atau menghina sesiapa.

 

Jika pihak tuan/puan/cik mempunyai apa2 cadangan untuk memperbaiki sistem komuniti zakat ini, sila sertai projek ini.

Laman Facebook : https://www.facebook.com/pages/Projek-Komuniti-Zakat-Online/228742877169119

Advertisements
Comments
2 Responses to “Daftar Asnaf”
    • alkimia berkata:

      salam,

      tolong berikan maklumat yg lebih terperinci. selain maklumat bagaimana utk dihubungi, sila beritahu latar belakang anda di mana anda layak sebagai asnaf. kalau ada gambar boleh mesej kami di page FB komunitizakat.

      sekian harap maklum, terima kasih.

Sila bantu kami mengesahkan kelayakkan asnaf ini. Pengesahan anda amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang penipuan..

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: