About Projek

السلام عليكم

Siapa tak pernah menonton rancangan Bersama Mu di TV? Sudah tentu para pembaca pernah menonton rancangan ini. Ada di antara episod yang sungguh menyayat hati. Kita percaya masih banyak fakir miskin, golongan yang tak berupaya, bla, bla …. yang menunggu giliran untuk ke udara menerusi slot rancangan ini. Kenapa yer agaknya perkara seperti ini masih berlaku?

Ibadah Zakat adalah satu ibadah yang diwajibkan ke atas umat Islam, dalam kata lain ia adalah perintah daripada Allah SWT Yang Maha Besar. Maka wajiblah ke atas kita umat Islam menunaikannya. Seperti ibadah lain, terdapat tatacara dalam berzakat dan ini telah diajar dalam bab fikah.

Bagi membantu fakir-miskin dan asnaf2 zakat yang lain menerima bantuan dengan lebih baik tanpa apa2 masalah birokrasi atau bantuan terpimpin. DAN juga untuk meningkatkan lagi kecekapan institusi zakat di negara ini. Satu projek telah diwujudkan secara sukarela sebagai satu aktiviti komuniti dan terbuka kepada sesiapa sahaja.

Projek ini bukan bertindak sebagai amil atau cuba memungut bayaran dalam menghulurkan bantuan zakat kepada asnaf. Projek ini hanya mengumpulkan alamat2 asnaf serta butiran yang berkaitan dan kemudian memaparkan maklumat itu di blog. Tujuannya sebagai pusat maklumat asnaf zakat atau sebagai pangkalan data terbuka asnaf zakat. Maklumat ini boleh digunakan oleh orang ramai yang berminat untuk membayar zakat secara terus kepada asnaf. Maklumat ini juga boleh digunakan oleh para amil untuk menjejaki asnaf tanpa perlu mengembara ke seluruh tanah air di setiap ceruk rantau. Secara tak langsung kos pengembaraan dengan wang zakat juga dapat dijimatkan.

Kelebihan membayar zakat secara terus

Antara kelebihan membayar zakat secara terus

  • Bertemu dengan asnaf secara bersemuka@”face to face”. Oleh itu pembayar zakat dapat bukan sahaja dapat mengenali asnaf, susah payah kehidupan asnaf, malah pembayar zakat terutama mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan dapat memahami kesusahan rakyat marhaen dengan lebih jelas. Supaya semasa mereka menilai sosioekonomi masyarakat, mereka tidak lagi membuat andaian itu-ini berdasarkan apa yang ada dalam pinggan nasi mereka dan ahli keluarga mereka. Harapnya golongan berada/mewah/sederhana, golongan berjawatan tingi, atau pendokong ahli2 politik tertentu, tidak lagi mengatakan kenaikan harga/tarif bil tidak membebankan rakyat marhaen, dengan alasan sikit je naik.
  • Baru betul2 melahirkan masyarakat penyayang dan bukan lagi sekadar slogan (“cakap tak serupa bikin”). Secara tidak langsung ia mengeratkan hubungan antara lapisan masyarakat tanpa berkasta-kasta. Maksud hadis : ““Anas r.a berkata bahwa nabi SAW. Bersabda, “tidaklah termasuk beriman seseorang diantara kamu sehingga mencintai saudaranya sebagaimana is mencintai dirinya sendiri.”” (H.R Bukhari, Muslim, Ahmad, dan Nasa’i)
  • Tiada jumlah tertentu atau tiada batasan jumlah bantuan yang layak diterima oleh seseorang asnaf. Dengan menilai sendiri asnaf, pembayar zakat boleh membayar sebanyak mana zakat kepada asnaf. Walau bagaimana pun asnaf juga perlu dinasihati dengan hadis di atas di mana jika keperluan baginya telah lebih dari mencukupi, hendaklah beliau meminta untuk dialihkan bantuan kepada asnaf2 lain yang masih memerlukan bantuan.
  • Bantuan zakat dapat disalurkan dengan segera kepada asnaf tanpa masalah birokrasi atau bantuan terpimpin.
  • Mungkin terdapat asnaf yang amat memerlukan tetapi beliau tidak meminta-minta atau memohon bantuan zakat atau apa2 bantuan lain dari badan2 kebajikan.

Maklumat apa perlu dilaporkan?

Maklumat yang diperlukan mengenai asnaf, iaitu mereka yang layak menerima zakat:

  • Nama : sama ada nama individu atau nama pertubuhan amal, misalnya rumah anak yatim.
  • Jika pertubuhan, nyatakan nama wakilnya.
  • Alamat lengkap, jika perlu lampirkan bersama peta dengan Google Maps.
  • Nombor telefon untuk dihubungi jika perlu (mana2 pihak, atau sesiapa yang mengenali asnaf dan dapat menunjuk jalan ke tempat asnaf. Terutama bagi fakir-miskin di pendalaman).
  • Keterangan kenapa penama itu layak digolongkan sebagai asnaf. Misalnya mualaf, fakir miskin … Ini termasuk keterangan mengenai tanggungan yang ditanggung asnaf.
  • Apa2 gambar foto bagi menggambarkan kehidupan atau kesusahan asnaf (jika perlu).
  • dan apa2 maklumat lain yang difikirkan perlu atau dapat membantu.

Orang ramai, persatuan penduduk, ketua kampung, imam atau sesiapa sahaja amat dialu-alukan melaporkan asnaf2 di tempat masing2. Ini boleh dilakukan menerusi FB atau emel di halaman hubungi kami atau contact us di laman ini.

https://www.facebook.com/pages/Projek-Komuniti-Zakat-Online/228742877169119

https://komunitizakat.wordpress.com/

Sukarelawan diperlukan

Projek ini adalah projek komuniti dan terbuka kepada sesiapa yang berminat. Projek ini tidak dimiliki atau ditaja oleh apa2 syarikat atau apa2 pertubuhan. Projek ini sendiri bukan pertubuhan atau perniagaan, sebenarnya ia adalah blog senarai nama asnaf yang dikumpulkan.

Sukarelawan diperlukan untuk mengemas kini blog, kerja2 house keeping dan apa2 yang patut. Keperluan ini mungkin lebih serius apabila kandungan blog sudah menjadi terlalu besar dan banyak data yang perlu diuruskan.

Perbincangan, penyelaras, penasihat atau apa2 mungkin juga diperlukan. Mereka yang mempunyai latar belakang akademik dalam pengajian Islam amat digalakkan menyertai projek ini. Sekali lagi diingatkan, projek ini adalah sukarela, tiada upah atau gaji.

Projek ini boleh disertai dengan Like pages FB atau nyatakan emel anda kepada admin blog menerusi contact form dalam halaman hubungi kami di komunitizakat.wordpress.com.

https://www.facebook.com/pages/Projek-Komuniti-Zakat-Online/228742877169119

https://komunitizakat.wordpress.com/

Jika pembaca mempunyai apa2 cadangan, kita boleh bincangkan menerusi Pages FB di atas.

MISI

Mengembalikan peranan dan kegemilangan ibadah zakat dalam masyarakat.

Sekian harap maklum.

“Ke arah kehidupan masyarakat yang lebih baik.”

Projek Komuniti Zakat Online

Advertisements

Sila bantu kami mengesahkan kelayakkan asnaf ini. Pengesahan anda amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang penipuan..

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: