Khidmat masyarakat – untuk peniaga online

Alhamdulillah bulan ramadhan tiba lagi. Di bulan ini sudah tentu ramai yang mencari pendapatan sampingan atau pertambahan jualan bagi peniaga2 online. Di sini kami ada sedikit pesanan (khidmat masyarakat) khususnya untuk peniaga2 online agar berhati2 tidak ditipu atau dianiaya oleh penipu yang berpura2 sebagai pembeli.

Cerita ini dilaporkan oleh seorang peniaga online yang agak @ sangat naif, yang menjadi mangsa penipuan. Diharap semua peniaga online berhati-hati. Nampaknya bukan sekadar pembeli sahaja yang perlu berhati-hati dengan peniaga online. Peniaga pun sama juga.

Mangsa diumpan dengan “projek besar” bagi mendesak mangsa melabur dalam projek bayangan si penipu. Mangsa tak punya modal besar, si penipu menawarkan pinjaman maya di mana kata nya dia telah menggunakan wang dia sebagai bagi membantu mangsa untuk modal pelaburan. Duit itu atas angin, kononnya terus dilaburkan dalam pelaburan itu. Satu atau dua pelakon digunakan dalam melakonkan urusan projek pelaburan itu menerusi telefon, bagi menampakkan keseriusan urusniaga itu. Orang tak jumpa, tetapi hanya perbualan serius seperti merayu2 (antara si penipu dan pelakon2nya) yang didengar oleh mangsa. Oleh kerana macam terhutang budi, si mangsa telah mengikhtiarkan mendapatkan modal dan membayarnya kepada si penipu.

Fura-Mokhtar's-Photos-2013-04-26-14-44-18

Selepas kononnya tempoh pelaburan telah matang, hasil pelaburan yang dijanjikan hanya lah dolak dalih si penipu selama berbulan-bulan, kononnya itu, ini, itu ini. Tetapi si penipu tetap enggan mengistiharkan bahawa beliau telah menipu dan sedikit pun tak rasa bersalah. Setelah disiasat maka barulah si mangsa mengetahui bahawa semua cerita pelaburan itu hanya dongengan, dan mangsa telah ditipu sebanyak RMx,xxx.xx. Bukan mangsa seorang adalah mangsanya, di dapati si penipu dan keluarganya (termasuk anak2nya yang masih bersekolah) sememangnya kaki penipu dan ramai telah menjadi mangsa penipuannya.

Penipu asalnya free hair, kemudian mendatangi muslimat dan mengatakan beliau ingin berubah dan meminta dibimbing. Hakikatnya belaiu hanya bertudung hanya untuk mengumpan mangsa. Apabila keluar bersama muslimat2 yang akan dimangsakannya dia akan bertudung tetapi apabila disiasat latar belakangnya didapati sipenipu ini sememangnya sentiasa free hair dalam kehidupan sosialnya.

Si penipu ini akan mencerita masalah peribadinya kepada mangsa2 dengan penuh emosi dan kemudian meminata nasihat dan pandangan daripada mangsa demi mendapat kepercayaan mangsa2 dia. Dia juga memburukkan serta melagakan antara peniaga online dengan peniaga2 online lain (yang mengenali antara satu sama lain). Dia akan mempergunakan maklumat2 peribadi peniaga2 online yang dikenalinya bagi menipu mangsa dan bakal mangsanya. Kononya dia ada opis di sini di situ, bila ditanya secara detail dia terkedu2.

Beliau akan bersungguh-sungguh cuba menyembunyikan alamat rumah dan pejabat kepada mangsa atau peniaga online. beliau akan mendesak untuk berjumpa dengan mangsa atau peniaga sendiri untuk collect barang yang dibeli. ataupun menyuruh barang itu dikirimkan ke alamat lain, rumah kakaknya. Khabarnya sekarang ini si penipu ini mendatangi kumpulan niqabis dan mengatakan bahawa dia ingin berubah dan berniqab.

Satu lagi perlu dingatkan si penipu ini akan mempergunakan anak2nya bagi mendapatkan kepercayaan dan merapatkan hubungan dengan mangsa. Si penipu ini akan berlagak dengan berbelanja mewah @ terlebih mewah bagi menunjukkan beliau orang berada dan sering kali mendakwa bahawa beliau adalah kerabat di raja negeri. Tetapi apabila ditanya salah seorang mangsa (peniaga online lain) yang juga merupakan kerabat negeri, kenapa tidak hadir event itu ini maka terkedu dan menukar ke topik lain. Dia juga mendakwa mempunyai pelbagai connection @ kabel dengan jabatan2 kerajaan (misalnya polis, kastam, imigresen dll), dan menawarkan untuk membantu mangsa2 dalam urusan tertentu.

Azmanjj-Man-2013-04-06-15-51-09 Azmanjj-Man-2013-04-06-15-56-24 Azmanjj-Man-2013-04-06-15-56-43 Cover-Photos-2013-04-06-15-56-11 Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-43-13 Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27a Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27b Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27c Fura-Mokhtar-2013-04-26-15-00-40 Fura-Mokhtar-2013-04-26-15-00-57 Profile-Pictures-2013-04-26-14-46-45 Profile-Pictures-2013-04-26-14-48-03 Profile-Pictures-2013-04-26-14-48-22

 

Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27d Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27e Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27f Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27g Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27h Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27i Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27j Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27k Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27l Fura-Mokhtar-2013-04-26-14-59-27m

Sesiapa peniaga online yang terjumpa dengan si folan ini sila berhati2 atau elakkan beurusan dengannya. Jika anda perlu berurusan dengan beliau, sila pastikan anda menyimpan setiap rekod urusniaga. Jika beliau cuba mengelak daripada memberikan butiran peribadinya dalam urusniaga, mahu berjumpa terus dsb maka atas budi bicara anda untuk membatalkan urusniaga anda atau tidak. Jika anda rasa anda cuba ditipu, pastikan anda berjaya merekodkan bukti2 secara jelas untuk laporan polis. Senang nak bawa kes kalau ada bukti kukuh, kerana si penipu ini agak licik di mana dia cuba mengelak daripada berurusniaga secara terus. Urusan perbankan di bankkan ke akuan orang lain, kononnya staf dia (tetapi disyaki ahli keluarga dia sendiri, mak dia).

Advertisements

Sila bantu kami mengesahkan kelayakkan asnaf ini. Pengesahan anda amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang penipuan..

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: